Saat ini, saat aku menulis cerita pada kali ini, ialah saat aku sebak dan sedih tatkala semuanya berlalu di fikiranku.
Terlalu banyak perkara yang tersimpan dalam lubuk hati, dalam benak fikiran, dalam sudut setiap inci kehidupanku ketika ini. Tidak dapat diluahkan semuanya dengan lisan. Hanya gambaran yang dapat mengurangkan rasa sesak ini.
Apa entah yang mengganggu aku yang membuatkan aku leka dengan dunia, sikapku yang baran, hati keras, percakapan yang kasar dan sebagainya.
Jauh di sudut hati, semua perkara yang aku lakukan akanku sesalkan kemudian. Aku tahu salah, tapi aku tetap buat.
Orang sekeliling takkan faham apa isi hati kita, apa yang tersirat dalam senyuman dan kegembiraan kita. Tuhan saja yang Maha Mengetahui. Saat ini banyak perkara yang aku sesalkan. Banyak.
Aku rasa aku tertekan dengan semua perkara yang mengganggu fikiranku dan mempengaruhi tindak tandukku. Tentu saja kalau masa itu boleh diputar kembali, satu-satunya perkara yang aku ingin sekali buat ialah memadam dan cuba mengelak segala perkara yang aku sendiri tidak mahu ia berlaku.
Aku sedih. Banyak yang aku sesalkan.
Tapi menyesali sesuatu perkara yang telah berlaku itu bukanlah pendirian orang Islam. Jadi apa yang harus aku buat?
Jadi aku cuba untuk positifkan diri sendiri dan kembali kepada dasarnya. Kadang-kadang rasa sebegini akan wujud bila kita sendirian.
Aku tahu pada saat ini aku bersedih. Bukan menangis, tapi menyesali. Tapi tak boleh menyesalkan, jadi kena kuatkan diri agar dapat melangkah semula.
Banyak perkara, banyak sangat. Tapi bila difikirkan balik, tak perlulah serabutkan fikiran hanya kerana kita rasa diri kita tak sempurna. Aku yakin, semuanya akan berakhir.
Sebelum tidur, sucikan hati, lembutkan jiwa, maafkan semua orang dan hentikan aura negatif. Kena ingatkan diri sendiri yang tak semua orang suka kita, sedangkan kita pun juga buat benda yang sama.
We are not meant for everyone or anybody, even if we know each other. People who dislike us is a normal thing. So treat them like how your treat other people. To avoid negativity, just think in a positive way. People will come and go, but those who stay by your side need your concern the most.
Harap-harap aku dapat manfaatkan kembali masa yang terluang selama WFH ni. Banyak yang telah aku sia-siakan, termasuklah untuk diri sendiri.
Comments
Post a Comment